My Add

Tuesday 6 November 2012

Mangsa ceritakan saat cemas disambar api

KOTA BHARU ISNIN, 05 November, 2012: Seorang anggota bomba terpaksa berlari sejauh 25 meter dan berguling dalam lopak air untuk memadamkan api yang menyambar tubuhnya semasa memadamkan kebakaran di sebuah gudang bekas kilang tayar di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa dekat sini semalam.

Situasi cemas dilalui Pegawai Bomba (PB) Mohd. Zaki Daud, 39, itu sempat dirakamkan lensa jurugambar dan disiarkan di muka depan akhbar-akhbar utama negara hari ini.

Mohd. Zaki bagaimanapun bernasib baik kerana hanya melecur sedikit di tengkuk, telinga kiri dan kanan serta pipi kerana 'diselamatkan' oleh uniform yang dipakainya.

"Semasa itu saya berada di bahagian bawah tangki manakala ada tiga anggota yang berada di atas tangki. Tiba-tiba ada minyak yang terpercik ke atas dan berlaku letupan yang agak kuat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment