My Add

Thursday 15 November 2012

Masih terkepung dengan kepompong bangsa - Nik Aziz

KUALA LUMPUR, RABU, 14 November, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegur dan mengkritik beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang disifatkan beliau tidak menghayati konsep itu dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1434 menerusi blognya hari ini.

Menurut beliau, beberapa pemimpin NGO tersebut yang datang melawatnya untuk membawa atau mengutarakan salam perpaduan Melayu pada 18 Oktober lalu (2 Zulhijah) masih terkepung dengan kepompong bangsa.

"Bicara dan luahannya dengan nada kecintaan yang tinggi kepada warisan bangsa yang digambarkan terlalu indah sekiranya perpaduan Melayu dapat dipupuk.

"Malangnya, tiada nilai 'hijrah' diperhatikan dari setiap tutur bicara dan luahan itu. Mereka tegar dengan kepompong bangsa. Perpaduan yang dibina belum menyentuh persoalan teras seperti diajar oleh Islam," katanya.     UTUSAN

No comments:

Post a Comment