My Add

Saturday 17 November 2012

Masjid dan surau digesa adakan solat hajat untuk rakyat Palestin

YAN, SABTU, 17 November, 2012: Semua masjid dan surau di negara ini diminta untuk mengadakan solat hajat bagi mendoakan keamanan dan keselamatan rakyat Palestin daripada kezaliman tentera Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata solat hajat itu boleh diadakan tidak mengira waktu malah setiap individu beragama Islam juga boleh melakukan solat hajat bagi memohon keselamatan rakyat Palestin.

"Kita tahu bukan hanya ada serangan udara, ini hanya permulaan sahaja dan akan ada serangan darat daripada Israel jadi saya seru setiap masjid, surau dan umat Islam di negara ini untuk mengadakan solat hajat.

"Kita bermohon kepada Allah agar rakyat Palestin selamat daripada kekejaman Israel dan saya harap juga semua umat Islam di dunia bangkit membantah serta mengecam perlakuan kejam Israel kepada penduduk Palestin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Perdana 2012 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai di Hospital Yan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment