My Add

Monday 5 November 2012

Mat rempit bertempiaran lari

*SEBAHAGIAN penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi yang diadakan Unit Khas Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuantan, semalam. -
 
Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
KUANTAN, AHAD, 04 November, 2012: Ratusan mat rempit di sini yang menjadikan malam minggu untuk berlumba bertempiaran melarikan diri apabila 'lokasi' mereka di pusat bandar ini diserbu pasukan polis dalam operasi khas melibatkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kontinjen negeri malam tadi.

Namun, tindakan pantas dan strategi polis yang menutup jalan empat lorong dan jalan-jalan kecil pukul 1.40 pagi di kedua-dua arah menyebabkan golongan terbabit gagal meloloskan diri.

Dalam operasi bermula pukul 8 malam itu, seramai 263 penunggang motosikal diperiksa dengan 117 daripada kenderaan mereka disita kerana melakukan pelbagai kesalahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment