My Add

Friday 16 November 2012

Mayat bayi dijumpai atas tilam


*ANGGOTA polis mengusung mayat bayi yang ditemui mati di atas tilam di Jalan Meru, Klang, semalam.

  

KLANG , KHAMIS,15 November, 2012: Rahsia seorang gadis berusia 24 tahun mengandung anak luar nikah terbongkar apabila dia melahirkan bayi seorang diri di dalam bilik di rumahnya di Lorong Haji Salleh, Batu Lima Jalan Meru dekat sini semalam.

Perkara tersebut hanya diketahui apabila kakaknya yang berusia 27 tahun terjumpa seorang bayi lelaki yang tidak bernyawa di atas tilam dalam bilik gadis itu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, laporan polis dibuat oleh kakak gadis terbabit dan bayi lelaki cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira pukul 4 petang.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati suspek yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai pakaian di pekan Meru dipercayai menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki warga Bangladesh sejak awal tahun ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment