My Add

Monday 19 November 2012

Mayat wanita ditemui dalam keadaan tangan dan kaki diikat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 November, 201: Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya terikat di dalam tong sampah di sebuah kawasan perindustrian di Jalan Bukit Rahman Putra 8/1, Sungai Buluh di sini pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, wanita dipercayai warga asing berumur lingkungan lewat 20-an itu ditemui seorang pekerja kontrak jam 11.40 pagi ini sebelum memaklumkannya kepada polis.

"Pekerja berkenaan terlihat mayat wanita berpakaian lengkap itu dilitupi plastik kanvas ketika mahu membuang sampah. Pemeriksaan polis pula mendapati terdapat kesan jerutan di leher dan cedera di muka mangsa," katanya kepada pemberita.

Rosly berkata, wanita tanpa dokumen pengenalan diri itu dipercayai mati kira-kira dari 24 jam lalu dengan mayatnya dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke tong sampah itu.

Bagaimanapun katanya, polis menolak kejadian bermotifkan samun kerana barang kemas milik mangsa seperti rantai leher dan cincin emas masih ada di badannya.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buluh untuk bedah siasat. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment