My Add

Monday 5 November 2012

Mazlan Ngah kemudi PNBSMT sesi 2012/20

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 05 November, 2012: Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah dipilih mengemudi Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu (PBSMT) selepas Presidennya, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berundur pada satu pemilihan semalam.

Pada mesyuarat agung tahunan yang berlangsung lewat petang itu, Datuk Mohd. Sabri Alwi dan Aziz Yunus masing-masing kekal dengan jawatan Timbalan Presiden dan Setiausaha.

Sementara itu, bekas pemain negeri Mohd. Nik dan Nor Zaidi Mohamad pula masing-masing dipilih Naib Presiden I dan II.

Sebanyak lapan lagi dipilih mengisi kerusi anggota jawatankuasa bagi barisan kepimpinan 2012/2013 itu.

Sementara itu, difahamkan, Wan Hisham berundur kerana tidak boleh memberi sepenuh komitmen kepada PBSMT disebabkan terikat dengan tugas lain. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment