My Add

Monday 19 November 2012

MB Kedah hadir ke mahkamah sebagai defendan

ALOR SETAR, ISNIN, 19 November, 2012: Datuk Seri Azizan Abdul Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Alor Setar pagi tadi susulan saman perintah komital kerana menghina mahkamah berhubung isu Madrasah Salihiah.

Menteri Besar Kedah yang dinamakan sebagai defendan pertama kes, tiba jam 9.30 pagi sebelum menyertai perbicaraan dalam kamar setengah jam kemudian.

Hadir sama mengiringi beliau Ketua Pembantu Tadbir Bahagian Kewangan negeri, Ahmad Sazali Md Noor. - BH

No comments:

Post a Comment