My Add

Saturday 10 November 2012

Melayu Pulau Pinang semakin dizalimi?

PULAU PINANG, JUMAAT, 09 November, 2012: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan orang Melayu di negeri ini semakin dizalimi pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang berdasarkan semakin kerap berlaku penindasan terhadap kaum itu sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta), Farizan Othman berkata, tindakan kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang terlalu tegas terhadap orang Melayu di negeri ini menimbulkan persoalan.

"Ini merupakan sikap pilih kasih yang sangat ketara kerana mereka merobohkan rumah seorang warga emas yang tinggal bersama anaknya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) tanpa sebarang notis.

"Undang-undang apakah yang mereka gunakan? Adakah terdapat peruntukan undang-undang yang istimewa untuk berbuat demikian?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment