My Add

Sunday 18 November 2012

Melayu wajib berjuang pertahankan UMNO demi Islam - Mohd. Noor

PULAU PINANG, SABTU, 17 November, 2012: Orang Melayu wajib berjuang mempertahankan UMNO sekiranya mereka mahu syiar Islam terus tegak dan berkembang di negara ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Profesor Madya Mohd. Noor Deris berkata, UMNO memerlukan kekuatan padu bagi memastikan Islam sebagai agama rasmi negara dapat dipertahankan sampai bila-bila.

"Untuk menyebarkan dakwah Islam dan mempertahankan negara Islam, kita wajib berjuang mempertahankan UMNO.

"Kita perlu memastikan UMNO terus kukuh untuk menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai isu semasa politik di Teluk Kumbar di sini malam tadi.

Mohd. Noor menambah, sekiranya UMNO lemah maka dakwah Islam akan terus layu kerana parti itu merupakan tunjang Islam di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment