My Add

Wednesday 7 November 2012

Menghasut: Uthayakumar diperintah bela diri

KUALA LUMPUR, RABU, 07 November, 2012: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan peguam P.Uthayakumar membela diri terhadap pertuduhan menerbitkan satu surat berbaur hasutan di laman web “Police Watch", empat tahun lalu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badarudin berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Uthayakumar, 50.

Ahmad Zamzani kemudian menetapkan lima hari bermula 10 Dis depan untuk menyambung perbicaraan.

Dalam prosiding itu, peguam M. Manoharan yang mewakili Uthayakumar memberitahu mahkamah anak guamnya itu akan memberi keterangan secara bersumpah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment