My Add

Tuesday 20 November 2012

Menuduh UMNO murtad tidak patut, memalukan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 November, 2012: Perbuatan melabelkan sesebuah parti politik sebagai murtad tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi oleh seorang tokoh agama berpengaruh seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengerusi Yayasan Darul Hanan, Dr. Ashraf Wajidi Dasuki berkata, tuduhan sebegitu juga tidak lagi wajar dibuat Pas terutama dengan barisan kepimpinan Pas baharu yang lebih bersikap terbuka.

"Tindakan Nik Abdul Aziz itu dilihat sebagai percubaan beliau menutup kesalahan adiknya yang mendoakan perkara tidak baik terhadap UMNO.

"Ketika umat Islam terutama di Palestin berhadapan cabaran lebih berat, kita di Malaysia pula sibuk berperang sesama Islam dengan membuat tuduhan-tuduhan sebegitu dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment