My Add

Friday 2 November 2012

Miliki lesen motosikal besar wajib buat rondaan

KEPALA BATAS, JUMAAT, 02 November, 2012: Semua pegawai dan anggota polis Pulau Pinang yang memiliki lesen motosikal berkuasa tinggi diwajibkan membuat rondaan dua kali seminggu di kawasan kerap berlaku jenayah di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kesemua mereka memperoleh lesen itu daripada kursus asas menunggang motosikal berat yang dijalankan.

"Setiap kursus mengambil masa kira-kira sebulan. Kita mahu setiap pegawai dan anggota yang mengikuti kursus itu turut menjalankan rondaan di kawasan kerap berlaku jenayah supaya memberi manfaat kepada orang ramai.

"Selain itu, rondaan dengan menggunakan motosikal besar itu juga saya percaya mampu mengurangkan kadar jenayah terutama jenayah jalanan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Asas Menunggang Motosikal Berat Bilangan 5-siri 3/2012, di sini hari ini.

Seramai 25 orang pegawai dan anggota polis Pulau Pinang telah tamat kursus dan memperoleh lesen mereka pada majlis itu.

Abdul Rahim berkata, rondaan dengan menggunakan motosikal besar itu akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, dua hingga tiga anggota polis, dan dijalankan pada sebelah malam. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment