My Add

Thursday 8 November 2012

MR1M lepasi KPI lebih awal

*ISMAIL Sabri Yaakob beramah mesra dengan pengunjung Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di Pudu Sentral, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, RABU, O7 November, 2012: Program Makanan Rakyat 1Malaysia (MR1M) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berjaya melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dua bulan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga semalam, sebanyak 3,013 premis makanan di seluruh negara menyertai MR1M berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 3,000 premis pada akhir tahun ini.

''MR1M menawarkan pakej makanan dengan harga berpatutan iaitu RM2 untuk sarapan pagi dan RM4 untuk makan tengah hari di Semenanjung Malaysia.

''Manakala di Sabah dan Sarawak, rakyat berpeluang menikmati sarapan pagi pada kadar RM2.50 dan RM5 untuk makan tengah hari,'' katanya kepada pemberita selepas program 'Walkabout' di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment