My Add

Wednesday 7 November 2012

Muhdalena didapati berupaya hadapi perbicaraan

PUTRAJAYA, SELASA, 06 November, 2012: Muhdalena Ahmad, yang didakwa mengamuk dengan bersenjatakan pedang samurai berhampiran Pejabat Perdana Menteri di sini Julai lepas, berupaya untuk menghadapi perbicaraan.

Laporan daripada Hospital Bahagia, Ulu Kinta, menyatakan wanita berusia 28 tahun dari Kota Damansara ini mengalami gejala kemurungan psikotik dan sedang menerima rawatan antikemurungan.

Laporan itu, yang disediakan perunding forensik psikiatri, Dr. Rabaiah Mohd. Salleh menyatakan, Muhdalena berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian itu serta tidak sedar akibat daripada tindakannya.

Bagaimanapun, menurut Dr. Rabaiah dalam laporannya, kini, mental Muhdalena berada dalam keadaan stabil serta berupaya untuk membela diri dan menghadapi perbicaraan.

Timbalan pendakwa raya Kalmizah Salleh memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa pihak pendakwaan dan pembelaan menerima laporan perubatan berkenaan daripada hospital itu hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment