My Add

Thursday 8 November 2012

Muhyiddin redah banjir ke rumah pengantin tidak jadi bersanding

*RAFIDAH Razali (kiri) menunjukkan barang hantaran dan kad jemputan perkahwinan sambil diperhatikan ibu bapanya, Razali Ma'at dan Parisom Saidi di rumah mereka yang dilanda banjir di Parit Yusof, Batu Pahat, semalam.

BATU PAHAT, RABU, 07 November, 2012: Majlis persandingan sepasang bakal pengantin yang dijadualkan berlangsung Ahad ini terpaksa ditangguh ke tahun depan setelah rumah pengantin perempuan dilanda banjir di Kampung Parit Yusof di Parit Sulong di sini hari ini.

Bagaimanapun, hati bakal pengantin perempuan dan keluarganya sedikit terubat dengan kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sanggup berjalan kaki meredah banjir di kampung itu.

Bakal pengantin merupakan seorang anggota tentera, Salahuddin Ismail, 31, dan kerani, Rafidah Razali, 27.

Rafidah berkata, majlis akad nikah akan tetap diteruskan seperti yang dirancang iaitu pada Sabtu ini di masjid kampung berdekatan.

"Rumah kami dilanda banjir sejak seminggu lalu. Walaupun air semakin surut, tetapi bimbang cuaca tidak menentu selain perlu membasuh lumpur akibat banjir jadi kami putuskan untuk tangguh.

"Namun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kami amat bersyukur apabila Timbalan Perdana Menteri sudi meredah banjir melawat kampung kami," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Rafidah, keluarganya telah mengedarkan 1,000 kad jemputan perkahwinan tetapi dia reda dengan ketentuan takdir.

"Kami sekeluarga berdoa agar banjir cepat surut supaya memudahkan kelancaran majlis pernikahan dan saya minta maaf kerana tidak dapat mengadakan majlis persandingan yang ditunda ke tahun depan.

Sementara itu, bapa wanita itu, Razali Ma'at, 58, berkata, kira-kira RM10,000 telah dibelanjakan untuk persiapan perkahwinan termasuk membeli barang hantaran, kad jemputan dan hadiah untuk para pengunjung. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment