My Add

Wednesday 7 November 2012

Muhyiddin saksi perjanjian Hab Pendidikan Tinggi Pagoh

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
KUALA LUMPUR, RABU, 07 November, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyaksikan majlis menandatangani perjanjian konsesi Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) yang akan dilaksanakan melalui kaedah inisiatif pembiayaan swasta.

Perjanjian itu melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi, Sime Darby Property Selatan Sdn. Bhd., Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

Muhyiddin ketika berucap di majlis berkenaan berkata, pelaksanaan projek itu telah lama dinantikan sehingga Kabinet dalam mesyuaratnya pada 24 Jun tahun lalu memberikan persetujuan secara prinsip agar HPTP dilaksanakan oleh Sime Darby.

"Dengan terlaksananya hab pendidikan ini, ia dijangka dapat memberikan kesan limoahan ekonomi kepada penduduk tempatan. Pihak Sime Darby juga telah diberikan tanggungjawab untuk membangunkan Bandar Universiti Pagoh, menjadikan Pagoh sebagai kawasan pembangunan bandar baharu.

"Dijangka lebih 25,000 peluang pekerjaan bahatu akan wujud dengan terbinanya Bandar Universiti Pagoh ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment