My Add

Sunday 18 November 2012

Muktamar lulus dua usul

KOTA BHARU, SABTU, 17 November, 2012: Muktamar Tahunan Pas Ke-58 meluluskan dua usul iaitu penubuhan sebuah unit audit syariat untuk mengaudit perjalanan badan eksekutif sama ada ahli jawatankuasa Pas, Badan Perhubungan Pas Negeri dan kerajaan negeri yang ditadbir parti itu yang dibawa oleh Dewan Ulama Pas Pusat.

Satu lagi usul ialah mendesak kerajaan Malaysia melalui Parlimen menerima usul tergempar berkaitan Palestin dan penduduk Rohingya yang dibawa oleh Dewan Pemuda Pas Pusat.

Usul tersebut turut meminta kerajaan mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan serta-merta terhadap isu keganasan Israel yang sedang menjadi duri di hati umat Islam.

Ketika membentangkan usulnya, Perwakilan Dewan Ulama Pas Pusat, Ismail Taib berkata, kewujudan sebuah unit khusus audit di bawah Majlis Syura adalah sangat penting bagi memastikan pimpinan Pas dalam pentadbiran parti dan kerajaan negeri benar-benar mematuhi syariat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment