My Add

Thursday 15 November 2012

Muktamar Pas: Pemuda Pas tolak usul Bersih 4.0

Oleh MOHD ZUHARMAN MOHAMAD NOR
KOTA BHARU, KHAMIS, 15 November, 2012: Para perwakilan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Ke-53 menolak usul supaya perhimpunan Bersih 4.0 diadakan bagi menghidupkan kebangkitan rakyat untuk menuntut pilihan raya yang bersih.

Usul tersebut ditolak sebulat suara oleh para perwakilan selepas perbahasan diadakan oleh para perwakilan.

Antara sebab usul tersebut ditolak ialah pemuda Pas mahu supaya tumpuan yang lebih diberikan untuk menghadapi pilihan raya umum. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment