My Add

Thursday 15 November 2012

Muktamar Pas: Perwakilan diminta jelas isu SPPBS

Oleh ASMA HANIM MAHMOODKOTA BHARU, KHAMIS, 15 November, 2012: Seorang perwakilan meminta Muslimat Pas faham secara jelas isu pelaksanaan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan tidak dikaburi dengan masalah tipikal dalam menuntut pembaikan sistem tersebut.

Perwakilan Tebrau, Norhayati Bidin berkata, sebarang bantahan kepada pelaksanaan sistem tersebut sepatutnya ditumpukan bagaimana ia sebenarnya memberi kesan baik atau buruk kepada pendidikan pelajar.

Jelasnya, jika hanya isu tipikal seperti guru terpaksa melakukan banyak perkara atau 'multi-tasking' dan masalah akses internet yang diutarakan, mungkin SPPBS sebenarnya tidak bermasalah untuk dilaksanakan apabila semua isu diatasi.

"'Multi tasking' berlaku di semua peringkat pekerjaan, tanyalah guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sahaja, adakah mereka terlibat dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sahaja? Dalam dunia sekarang, para doktor, jurutera juga tidak hanya buat kerja khusus mereka sahaja.

"Oleh itu jika kita mahukan pembaikan, maka kita sendiri kena jelas apa yang kita rasa mengenai kelemahan SPPBS tersebut.

"Kalau guru hanya memperuntukkan 10 peratus daripada masa mereka untuk urusan pentadbiran saya rasa itu biasa sahaja, kita jangan dikelabui dengan masalah perkeranian dan prasarana seperti kemudahan internet yang lembab," katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat Ke-52 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment