My Add

Wednesday 14 November 2012

Murtad Orang Asli terkawal

KUANTAN, SELASA, 13 November, 2012: Kegiatan memurtadkan saudara baru di kalangan masyarakat Orang Asli di negeri ini masih terkawal.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pelbagai pendekatan dilakukan bagi memantau kegiatan itu.

Apa yang penting, katanya, masyarakat Orang Asli kini lebih bijak dan berilmu dalam menilai yang terbaik untuk mereka.

"Masyarakat Orang Asli ini bijak, ada yang berpelajaran juga dan tahu mana yang baik mana yang tidak.

"Daripada segi Islam, ini telah menjadi darah daging atau bertapak lama di sini iaitu rumpun Melayu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pemantauan dilakukan oleh satu unit khas yang diwujudkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment