My Add

Thursday 15 November 2012

Muslimat Pas mahu guru Pasti dibela

KOTA BHARU, KHAMIS, 15 November, 201: Perwakilan Muslimat Pas mendesak pimpinan parti agar tidak mengabaikan kebajikan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang rata-ratanya diberi elaun amat rendah malah ada

yang hanya menerima sebanyak RM70 sebulan.

Perwakilan dari Beruas, Perak, Norasyikin Hashim berkata, pimpinan sepatutnya berusaha mencari dana untuk disalurkan kepada Pasti sekali gus membela nasib para guru, malah mencadangkan semua kerajaan negeri ditadbir pakatan pembangkang menubuhkan tabung bagi tujuan itu.

Jelasnya, walaupun kerja yang dilakukan guru Pasti dianggap sebahagian daripada kerja jihad, namun keperitan mereka itu wajib diberi perhatian oleh pimpinan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment