My Add

Saturday 10 November 2012

Najib lancar, sempurnakan bayaran RM563 juta untuk belia FELDA
 
SHAH ALAM: SABTU, 10 November, 2012 Seperti yang dijanjikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyempurnakan bayaran 'durian runtuh' pusingan ketiga kepada generasi baru FELDA sebanyak RM5,000 untuk 112,635 keluarga melibatkan RM563.2 juta.

Sebagai menandakan pembayaran itu, Najib menyampaikan cek replika kepada wakil dari 11 Wilayah FELDA pada Himpunan Generasi Baharu FELDA dihadiri kira-kira 12,000 belia dari seluruh negara di Universiti Teknologi Mara di sini.

Berucap pada majlis itu, Najib berkata, kini tiba giliran generasi baharu FELDA untuk mendapat manfaat itu selepas ibu dan bapa mereka sebelum ini.


"Hari ini giliran generasi kedua anak-anak mendapat rahmat daripada durian runtuh, sekali gus membuktikan bahawa sebagai sebuah kerajaan kita tidak pernah mungkir janji," kata beliau.

Sebelas Wilayah FELDA itu ialah Raja Alias, Segamat, Gua Musang, Kuantan, Trolak, Johor Bahru, Mempaga, Terengganu, Alor Setar, Jengka dan Sahabat di Lahad Datu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment