My Add

Saturday 17 November 2012

NGO Cina diajak bangunkan GTP

MELAKA, JUMAAT, 16 November, 2012:Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang mewakili kaum Cina di negara ini memainkan peranan membantu membangunkan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Perdana Menteri berkata, melalui kerjasama yang dapat diberikan oleh NGO itu, usaha kerajaan untuk meneruskan kesinambungan bagi membina sebuah negara bangsa dapat direalisasikan.

"Saya percaya NGO Cina di negara ini boleh memainkan peranan besar dalam pembentukan negara kita terutama sekali dalam usaha ke arah transformasi yang lebih besar.

"Apa yang perlu kita laksanakan ialah kesederhanaan kerana melalui cara itu, kita akan dapat jadikan sebagai intipati Gagasan 1Malaysia. Kesederhanaan bererti kita menolak kefahaman yang ekstrem," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia Ke-29 di sini malam ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah; Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Melaka (DPCM), Chin Nam Yee dan pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang cukup istimewa dan unik kerana kepelbagaian budaya dan kaum Cina juga telah mewujudkan tapak bagi membina sebuah negara bangsa yang berjaya.

Najib menambah, kerajaan menerusi pemimpin-pemimpin terdahulu telah memilih jalan integrasi dan bukan simulasi untuk mewujudkan kehidupan masyarakat berbilang kaum di sebuah negara yang aman dan sejahtera.

''Ini merupakan satu keistimewaan negara Malaysia kerana kita dapat merayakan warisan tradisi masing-masing hingga kerajaan mengiktiraf warisan budaya masyarakat Cina sebagai warisan kebangsaan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment