My Add

Monday 19 November 2012

Nik Aziz dakwa UMNO murtad

 *NIK Abdul Aziz Nik Mat bercakap kepada pemberita pada Muktamar Tahunan Pas di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU, AHAD, 18 November, 2012: Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, UMNO tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment