My Add

Wednesday 21 November 2012

Nilai ketimuran perlu dikekalkan dalam sistem pembelajaran

KUALA LUMPUR, RABU,, 21 November, 2012: Sistem pelajaran di negara ini perlu mengekalkan nilai-nilai ketimuran sedia ada tanpa perlu menceduk sepenuhnya sistem daripada negara-negara Barat.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pendidikan dari negara Barat perlu disesuaikan dengan acuan di negara Asia kerana banyak nilai tradisi akan hilang sekiranya tidak dipelihara.

"Dengan perubahan landskap pembelajaran di tanah air, kita berharap kemahiran berfikir dan menganalisis sesuatu perkara mesti ada pada setiap pelajar, tidak hanya wujud untuk mengisi kotak dengan tanda pangkah atau betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa 'School of Tomorrow' di sini hari ini. -UTUSAN

No comments:

Post a Comment