My Add

Monday 19 November 2012

Nilai sendiri 'doa' Pas - Hishammuddin

KUALA LUMPUR, AHAD, 18 NovEMBER, 2012: Tindakan Pas mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas solat hajat kelmarin menunjukkan budaya membenci dan perpecahan diamalkan parti itu yang menyimpang daripada akidah Islam sebenar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut meluahkan kekecewaan meminta agar rakyat menilai sendiri tindakan parti itu yang selama ini mendakwa memimpin berlandaskan ajaran Islam.

"Ketika semua orang menadah tangan berdoa keamanan di Gaza, Palestin, ahli parti itu pula menadah tangan bagi kehancuran parti lawan.

"Kerana politik, mereka sanggup doakan kemusnahan satu umat dan bangsa. Bagaimanapun, saya lihat ia bukan satu perkara yang baru.

"Sebelum ini, mereka pernah mengkafir UMNO dan BN sebab mempunyai hubungan dengan MCA, tetapi perbuatan mereka sebenarnya lebih teruk daripada itu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment