My Add

Tuesday 20 November 2012

Nurul Izzah digesa bersumpah di masjid

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 November, 2012: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sekali lagi digesa bersumpah di masjid bagi menafikan kenyataan kontroversi beliau berhubung kebebasan beragama baru-baru ini.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, tindakan itu perlu bagi membersihkan nama dan imej beliau sebagai seorang wanita muslimah disegani.

"Kita meminta Nurul Izzah bersumpah bahawa beliau tidak mengeluarkan kenyataan "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...Mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata".

"Ini merupakan satu-satunya cara bagi membuktikan kebenaran, sekali gus membersihkan nama beliau," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment