My Add

Saturday 10 November 2012

Nurul Izzah elak ulas lanjut

*NURUL Izzah Anwar tiba sambil ditemani peguamnya, Fadhlina Sidek (kanan) di bangunan JAIS, Shah Alam, semalam.

Oleh HELMI MOHD. FOAD
SHAH ALAM, JUMAAT, 09 November, 2012: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilihat cuba mengelak daripada menyatakan pendirian berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama sepatutnya terpakai sama rata dan bukannya hanya kepada orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya baru-baru ini.

Malah, beliau yang ditemui pemberita selepas memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini turut mengelakkan diri daripada menjawab tentang kekecewaan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim yang mendakwa Nurul Izzah tidak mempertahankan kenyataan beliau bahawa hak kebebasan beragama perlu dipakai sama rata termasuk orang Melayu.

Kenyataan Nurul Izzah ancam Islam

Sementara itu KAMIL MASLIH dan ASSIM HASSAN melaporkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyembah ampun perkenan Majlis Raja-Raja Melayu supaya membincangkan dan mengambil berat kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yang dilihat sebagai ancaman terhadap Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Nurul Izzah berhubung kebebasan agama dalam kalangan orang Melayu merupakan ancaman terhadap kesucian Islam dan perkara seperti itu juga bukan pertama kali dilakukan pemimpin pembangkang.

“Saya yakin dan percaya, Nurul Izzah membuat kenyataan itu dengan penuh kesedaran dan tidak tersilap.

“Oleh itu, Perkasa ingin menyembah ampun perkenan Majlis Raja-Raja Melayu yang sedang bermesyuarat sekarang ini membincangkan dan mengambil berat kenyataan Nurul Izzah tersebut," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment