My Add

Friday 9 November 2012

Nurul Izzah hadir di pejabat JAIS beri keterangan berkaitan kenyataannya

SHAH ALAM, JUMAAT, 09 November, 2012: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar tiba di lobi Bangunan Sultan Idris Shah kira-kira jam 11 pagi tadi, diiringi sekumpulan penyokongnya.

Beliau hadir di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Menara Selatan bangunan itu bagi memberi keterangan membabitkan kenyataannya berkaitan kebebasan beragama untuk orang Melayu minggu lalu.

Nurul Izzah yang hadir di JAIS pagi tadi untuk membuat aduan dan memberi penjelasan mengenai kenyataannya pada satu forum di Subang Jaya, minggu lalu.

Beliau yang bercakap kepada pemberita selepas berada di pejabat Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin kira-kira setengah jam, berkata beliau bersedia bekerjasama dengan JAIS selain sudah memberi keratan akhbar Utusan Malaysia yang dikatakan fitnah.

Nurul Izzah yang hadir bersama peguamnya, Fadlina Sidek, bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Siti Kasim bahawa Nurul Izzah sepatutnya berpegang kepada kenyataan beliau bahawa kebebasan beragama adalah hak semua pihak termasuk orang Melayu dan Muslim. - BH

No comments:

Post a Comment