My Add

Wednesday 7 November 2012

Nurul Izzah terjerat keceluparan

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
KUALA LUMPUR, SELASA, 06 November, 2012: "Tidak bermaruah, terdesak serta meletakkan harga diri di tahap terendah setelah terjerat dengan keceluparan sendiri."

Demikian pandangan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia serta beberapa akhbar dan blog yang didakwa memutar belit kenyataan beliau.

Menurutnya, tindakan itu jelas menunjukkan Nurul Izzah tidak matang kerana hanya mampu menuding jari kepada pihak lain atas keceluparan sendiri dengan harapan semua pihak berhenti bercakap tentangnya.

"Tetapi kita hendak pesan kepadanya, usahkan satu, seratus saman pun kita tidak gentar. Demi agama bangsa dan tanah air, usahkan wang ringgit, malah, mati pun kita sanggup demi perjuangan itu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment