My Add

Wednesday 7 November 2012

Obama kekal Presiden AS
 
WASHINGTON, RABU, 07 November, 2012: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menang dalam pilihan raya jawatan itu sekali gus mencatat sejarah sekali lagi dengan menafikan wujudnya pemulihan ekonomi lembap dan kadar pengangguran yang tinggi untuk menundukkan pencabar Republikan, Mitt Romney.

Obama muncul calon Demokrat kedua menang untuk tempoh empat tahun lagi di White House sejak Perang Dunia II apabila rangkaian televisyen meramalkan beliau akan menang negeri Ohio apabila dirinya menghadapi tentangan sengit daripada Romney.

"Ini berlaku kerana anda. Terima kasih," kata Obama menerusi tweetnya kepada 22 juta pengikut Twitter pada ketika negeri seperti Iowa yang sebelum ini tidak pernah merealisasikan impian ke White House tiba-tiba berada dalam genggaman.

Pada ketika negeri atas pagar termasuk Florida dan Virgina masih belum diumumkan, Obama sudah meraih 275 undi perwakilan, melebihi 270 yang diperlukan untuk kekal di White House dan hampir mencatat kemenangan selesa.

Bunga api kelihatan pada majlis meraikan kemenangan Obama di Chicago apabila presiden pertama kulit hitam yang dipilih selepas menjanjikan gelombang harapan dan keinginan rakyat AS pada empat tahun lalu, mendapat mandat empat tahun lagi untuk mendiami White House.

Sekutu Romney meramalkan gelombang saat akhir calon itu boleh menghanyutkan pengaruh Obama selepas penggal pertamanya dihimpit pemulihan krisis ekonomi paling teruk sejak 1930-an dan kadar pengangguran yang tinggi. - AFP

No comments:

Post a Comment