My Add

Thursday 8 November 2012

Obama mahu bekerjasama dengan Romney

WASHINGTON, RABU,, 07 November, 2012: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, kompromi diperlukan untuk memastikan negara ini terus bergerak ke hadapan.

Beliau membuat kenyataan itu selepas menewaskan calon Parti Republikan Mitt Romney dan mengekalkan jawatannya untuk penggal yang kedua.

Dalam ucapan kepada penyokongnya di Chicago, Obama berikrar untuk bekerjasama dengan pemimpin Parti Demokrat dan Parti Republikan dalam usaha mengurangkan defisit persekutuan negara, mengekalkan kod cukai, membuat pembaharuan dalam imigresen dan mengurangkan kebergantungan negara kepada minyak asing.

Obama berkata, beliau juga akan berbincang dengan Romney 'bagi mencari ruang untuk bekerjasama membangunkan negara'.

''Kita sebagai satu keluarga, dan kita bangkit atau jatuh bersama sebagai satu bangsa dan negara,'' katanya.

Sementara itu, Presiden AS tersebut turut berkongsi kemenangannya di Twitter, Facebook, Raditt dan platform lain, sejurus selepas rangkaian televisyen mengumumkan kemenangannya.

"Kemenangan ini adalah disebabkan anda. Terima kasih. Saya akan berkhidmat selama empat tahun lagi," tweet beliau kepada 22 juta pengikutnya di laman mikro blog Twitter, sekali gus menunjukkan kepentingan media sosial dalam Pilihan Raya Presiden AS kali ini.

Status Obama itu juga adalah tweet beliau yang paling banyak dipos semula dengan 432,000 orang pula berkongsinya, menurut Twitter.

Laman web terkenal, BuzzFeed menyatakan, status itu juga adalah yang paling popular setakat ini, mengenepikan mesej daripada penyanyi Justin Bieber. - REUTERS/AFP

No comments:

Post a Comment