My Add

Wednesday 7 November 2012

Obama ucap terima kasih menerusi Twitter


ANTARA kandungan di Twitter Obama.

WASHINGTON, RABU, 07 November, 2012: "Ini berlaku (menang) kerana anda (penyokong). Terima kasih." kata Barack Obama dalam Twitter sebaik kekal sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.

Menurut AP,Obama berada di Chicago manakala lawannya, Mitt Romney di Massachusetts ketika keputusan pilihan raya awal menunjukkan Obama berjaya mengekalkan penggal keduanya di Rumah Puth.

Orang ramai saksi pilihan raya Presiden AS di KL
KIRA-KIRA 500 ekspratriat, kakitangan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan rakyat tempatan memenuhi dewan utama Hotel Grand Millenium di Bukit Bintang di sini, bagi menyaksikan proses pembuangan undi Pilihan Raya Presiden AS 2012 yang sedang berlangsung. 

Program secara langsung yang dianjurkan Kedutaan AS itu ditayangkan menerusi skrin gergasi sejak jam 8 pagi tadi.

Selain menanti keputusan pilihan raya, orang ramai dihiburkan dengan acara sampingan seperti kuiz dan peraduan berkisar pilihan raya AS.

Tidak ketinggalan, pengunjung juga boleh merakamkan gambar kenangan di samping replika calon Presiden, Gabenor Mitt Romney dari Parti Republikan dan penyandang jawatan, Barack Obama mewakili Parti Demokrat.

Keputusan pilihan raya dijangka diketahui jam 1 tengah hari ini.- BH



No comments:

Post a Comment