My Add

Thursday 8 November 2012

Orang luar dilarang guna ruang sidang akhbar ahli Parlimen

Oleh SYUKRI SHAARI
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 November, 2012: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengisytiharkan ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen khas dan eksklusif untuk ahli Parlimen sahaja berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan kemudahan ruang sidang akhbar tersebut untuk membuat kenyataan walaupun ditemani oleh ahli Parlimen.

Pandikar memberitahu, tindakan tersebut sudah lama difikirkannya atas faktor keselamatan dalam kawasan Parlimen.

Tambahnya, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pejabat Perdana Menteri, menteri yang bertanggungjawab berkaitan Parlimen, Ketua Pentadbir Parlimen dan Ketua Pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment