My Add

Saturday 10 November 2012

Pakatan besar’ kikis akidah umat Islam

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 November, 2012: Kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung hak kebebasan beragama di negara ini seolah-olah menggambarkan wujud ‘pakatan besar’ mengikis akidah umat Islam melalui strategi terancang.

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dr. Mohammad Fairus Khairudin berkata, sehubungan itu, semua pihak perlu bangkit mempertahankan kesucian Islam di samping mendesak Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bertanggungjawab tanpa cuba mengalih pandangan umum.

“Kita perlu bergerak dan Nurul Izzah perlu bertanggungjawab, kita nampak seperti ada ‘grand design’ apabila satu demi satu kenyataan yang menguji kesabaran umat Islam dikeluarkan.

“Apakah beliau bermaksud orang Melayu harus diberi kebebasan? Ini bahaya, kalau beliau cuba alih perhatian sudah terlambat, beliau harus berdepan dan lebih bermaruah jika memohon maaf serta mengakui kesilapan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment