My Add

Friday 9 November 2012

Pampasan sehingga RM20,000

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
 TUARAN, KHAMIS, 08 November, 2012: Skim perlindungan insurans bagi 1,301 ahli Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di seluruh negara yang akan bermula tahun depan turut meliputi kes kematian biasa yang melibatkan pampasan sehingga RM20,000.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, skim itu merupakan pembelaan terhadap pengorbanan dan jasa yang disumbangkan oleh PBS di negara ini.

"Ini terutamanya dalam memberi perkhidmatan segera memadam kebakaran dan operasi menyelamat di kawasan luar bandar," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Lab Ketua Zon dan Balai Peringkat Zon Borneo Siri 3/2012 di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) yang turut melibatkan Sarawak dan Labuan di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Wan Mohd. Nor turut melancarkan buku panduan, Manual Pengurusan Balai sebagai buku rujukan kepada ketua balai dan pegawai jabatan itu di seluruh negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment