My Add

Wednesday 7 November 2012

Parit konkrit selesai masalah banjir - Sultan Ibrahim

 *SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar berkenan beramah mesra dengan sebahagian
 mangsa banjir di SK Sungai Suloh, Batu Pahat, Johor, semalam.

BATU PAHAT, SELASA, 06 November, 2012: "Buat parit konkrit dan jaga baik-baik".

Demikian titah ringkas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Suloh di sini hari ini.

Sistem saliran di kebanyakan kawasan kampung di daerah ini masih menggunakan parit tradisional tanpa konkrit, yang didakwa menjadi punca banjir kerana ditumbuhi rumput selain masalah pasir dan sampah sarap yang menyebabkannya tersumbat apabila hujan lebat dan air pasang.

Sultan Ibrahim tiba di pusat pemindahan itu kira-kira pukul 12.20 tengah hari dengan kenderaan yang dipandu sendiri oleh baginda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment