My Add

Saturday 17 November 2012

Parti syaitan, Hadi berdolak-dalik
KOTA BHARU, JUMAAT, 16 Nov.ember, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil sikap berdolak-dalik tentang ungkapan 'parti syaitan' yang dibangkitkannya dalam ucapan dasar pada Muktamar Pas Kali Ke-58, di sini hari ini.

Ketika diminta menjelaskan sama ada 'parti syaitan' yang beliau bangkitkan itu merujuk kepada parti memerintah dan UMNO, Abdul Hadi sebaliknya berkata:

"Saya tak sebut nama, pepatah Melayu mengatakan siapa makan lada dia merasa pedaslah. Parti mana pun yang makan lada."

Dalam ucapan dasarnya sebelum itu, Abdul Hadi berkata, parti syaitan dan yang dikuasai syaitan di dalamnya, tidak mampu menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua.

Sifat adil yang dilaksanakan dalam konsep negara berkebajikan diperjuangkan Pas menurut beliau, adalah amal kebajikan yang membuahkan kasih sayang dalam kalangan manusia sehingga merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, serta menjalinkan hubungan baik sesama rakyat, seterusnya menarik musuh kepada insaf sehingga menjadi kawan dan sahabat setia.

Dalam pada itu, beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tarikh pilihan raya lebih awal bagi membolehkan parti itu mengeluarkan senarai calon yang akan bertanding.

"Kebiasaannya kita akan umum (senarai calon) bila tahu pilihan raya. Tahu pilihan raya, lepas itu kita letakkan hari (umum senarai calon). Pilihan raya tak tahu lagi, nak umum macam mana?

"Semua nama diluluskan oleh Majlis Syura Ulama, ada pun untuk menentukan dia boleh bertanding kena lihat akar umbi, bukan sahaja kita nak letak calon, kita mahu calon itu menang," katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, ahli dan penyokong DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga perlu mengundi calon-calon Pas pada pilihan raya umum akan datang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment