My Add

Monday 19 November 2012

Pas: Doa 'KO BN' khusus hadapi PRU13

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
 PENGKALAN CHEPA, AHAD, 18 November, 201: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, doa yang dialunkan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat kelmarin tidak perlu diselitkan dengan doa untuk umat Islam yang menjadi mangsa keganasan di bumi anbia.

"Kita selalu (doa) dah dalam khutbah," katanya dipetik Sinar Harian

Namun kata beliau, boleh juga menganggap doa pada malam tersebut merangkumi rakyat di rantau itu kerana "dalam doa itu sudah diumum untuk menangkan mereka yang dizalimi jadi... termasuklah Palestin."

Hadi diminta mengulas kritikan pimpinan Umno termasuk blogger-blogger berhubung doa yang dipimpin oleh adik Mursyidul Am Pas yang meminta kehancuran Umno-BN.

Hadi menyatakan pendirian itu pada satu sidang media di sini, hari ini.

Dalam doa itu, Nik Razi Nik Mat meminta Umno dan BN dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati.

Doa itu juga memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun tidak sekelumit doa pada malam tersebut meminta agar keganasan ke atas rakyat Palestin yang kini berhadapan dengan rejim zalim Israel.

Walhal terdahulu, pada sesi perbahasan sayap parti itu, Dewan Pemuda Pas Pusat misalnya meluluskan usul menentang keganasan di bumi Arab itu.

Ucapan dasar presiden turut menyebut bagaimana pertumpahan darah yang berlaku di Syria umpamanya benar-benar menyentuh hati dan perasaan parti itu.

Menjawab persoalan itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kemudiannya berkata, doa pada malam himpunan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu dikhususkan untuk menghadapi pilihan raya.

"Malam tu himpunan untuk menghadapi pilihan raya," katanya.

Dalam perhimpunan itu, imam turut menyebut "KO BN! KO BN!" yang diaminkan kira-kira 40,000 penyokong yang hadir dalam himpunan tersebut.

No comments:

Post a Comment