My Add

Saturday 17 November 2012

Pas perlu memimpin, bukan parti tempelan

*TAMRIN Ghafar yang turut hadir pada Muktamar Tahunan Pas di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU, JUMAAT, 16 November, 2012: Pemimpin tertinggi Pas diminta supaya memperlihatkan kepada masyarakat bahawa mereka adalah pemimpin pakatan pembangkang dan bukannya menjadi parti tempelan.

Perwakilan Pas Perak, Razman Zakaria (gambar) berkata, Pas adalah sebuah parti telah lama wujud di negara ini dan mempunyai jentera yang tersusun di semua kawasan serta negeri.

Beliau berkata, ia harus dilakukan segera oleh pimpinan tertinggi parti kerana perkara tersebut telah menjadi bualan rakyat di bawah.

"Dalam konsep perkongsian kuasa, Pas sebagai parti lama yang mempunyai jentera yang tersusun wajib memperlihatkan kepada masyarakat bahawa kita memimpin dan bukannya parti tempelan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment