My Add

Monday 19 November 2012

Pas semakin terdesak
PULAU PINANG, AHAD, 18 November, 201: Pas diibaratkan semakin terdesak sehingga sanggup mendoakan kehancuran saudara seagama bagi mengejar matlamat menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin (gambar) berkata, Pas mungkin telah mendapat maklumat terhadap kurangnya sokongan rakyat ke atas parti mereka sehingga sanggup menzahirkan doa berkenaan.

Tegasnya, sebagai sebuah parti Islam, Pas seharusnya mendoakan pihak-pihak yang dikatakan 'zalim' itu supaya diberi hidayah dan dibukakan pintu hati oleh Allah semoga berubah dan bukannya mendoakan kehancuran mereka.

"Pas mungkin dalam keadaan terdesak untuk mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada mereka. Mungkin Pas telah membuat kajian dan mendapati parti mereka di ambang kekalahan termasuklah di Kelantan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment