My Add

Thursday 15 November 2012

Pas terus retorik?

KUALA LUMPUR, RABU, 14 November, 2012: Isu-isu berbangkit seperti pelaksanaan hukum hudud, kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan hubungan antara Pas dengan DAP dijangka tidak dibangkitkan dalam Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 yang bermula malam ini.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, perkara itu memandangkan Pas tidak mahu isu-isu tersebut mengganggu fokus utama parti berkenaan dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurutnya, isu-isu itu mungkin akan menjejaskan hubungan dalam kalangan ahli Pas sendiri serta dengan PKR dan DAP sekali gus memberi kesan kepada persiapan pembangkang menawan Putrajaya.

"Saya beranggapan akan ada perwakilan membangkitkan isu-isu seperti hukum hudud, kenyataan Nurul Izzah serta hubungan dengan DAP. Tetapi saya pasti, tindakan tersebut akan ditenggelamkan oleh suara yang lebih mementingkan kuasa untuk memerintah negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment