My Add

Saturday 17 November 2012

Pas tidak fikir perpaduan dengan UMNO

KOTA BHARU, JUMAAT, 16 November, 2012: Pemuda Pas mentakrifkan istilah perpaduan yang dibangkitkan UMNO sebelum ini tidak merangkumi seluruh rakyat Malaysia, sebaliknya hanya berkisar antara UMNO dan Pas.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas tidak pernah fikir soal perpaduan Pas dengan UMNO kerana ia amat berbeza dengan prinsip parti itu.

"Islam adalah agama perpaduan dan sekarang kita fikir untuk menyatukan rakyat Malaysia. Jadi perpaduan yang kita maksud ialah perpaduan rakyat Malaysia umat Islam dan bukan Islam.

"Sekarang ini, UMNO bila sebut perpaduan dia (UMNO) sebut Pas dengan UMNO. Kita kata bukan hanya Pas dengan UMNO, tetapi perpaduan untuk rakyat Malaysia termasuk DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk semua ini benda asas yang Pas bawa," katanya ketika ditemui pada Muktamar Pas Ke-58, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment