My Add

Sunday 18 November 2012

Pas tidak lari perjuangan - Majlis Syura

KOTA BHARU, SABTU, 17 November, 2012:Majlis Syura Ulama membuat penekanan dan perakuan bahawa Pas hari ini adalah 'Pas dahulu' yang tidak pernah lari daripada perjuangan asalnya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, penegasan tersebut dibuat selepas media massa menggunakan orang tertentu yang ada di antaranya telah dipecat daripada Pas untuk menekan parti itu.

Beliau berkata, isu itu sengaja ditimbulkan walaupun tidak sepatutnya kerana Majlis Syura Ulama telah membuat keputusan sebulat suara menerima tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP dan PKR.

"Arah tuju Pas dahulu dan sekarang adalah sama. Pas masih utuh dan tetap atas perjuangan asalnya tanpa sedikit pun menyeleweng daripada apa yang tercatat dalam perlembagaan, fasal 5(1), 'memperjuangkan wujudnya dalam negara ini dan pemerintahan yang terlaksana dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah'. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment