My Add

Wednesday 14 November 2012

PDRM akhiri misi di Timor Leste

Oleh HASHNAN ABDULLAH
 SEPANG, SELASA, 13 November, 201: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengakhiri misi pengaman di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste pada hujung tahun ini.

Ketua Kontinjen Komander United Nations Police (UNPol) Malaysia, Supritendan Mohamad Salleh Khalid berkata, langkah itu sejajar dengan berakhirnya mandat misi pengaman PBB di negara tersebut.

"Apa yang membanggakan kami sepanjang bertugas di negara itu adalah Malaysia merupakan aset utama PBB kerana kebolehan dan keupayaan kita berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

"Ia juga turut memberi kelebihan kepada kami dalam membantu pasukan polis Timor Leste berdikari selepas berakhirnya mandat PBB itu," katanya selepas Majlis Menyambut Kepulangan UNPol Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment