My Add

Thursday 15 November 2012

PDRM serah 29 kenderaan rm3.5j kepada Timor Leste

SEPANG,, RABU, 14 November, 201: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan 29 buah kenderaan pelbagai bernilai RM3.5 juta yang digunakan semasa misi pengaman di Timor Leste kepada kerajaan negara tersebut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penyerahan itu dibuat setelah PDRM tamat menjalankan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama enam tahun di negara itu tahun ini.

Bangga dengan perkhidmatan cemerlang anggotanya, beliau berkata PDRM di dalam pasukan pengaman itu telah diserapkan ke dalam pasukan Unpol dan Mal-fpu bersama pasukan polis negara-negara lain dan telah menjalankan misi pengaman itu sejak Disember 2006.

"Dalam tempoh enam tahun itu ia telah melibatkan seramai 2,900 anggota dan pegawainya yang dihantar secara bergilir-gilir ke Timor Leste," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail merasmikan majlis sambutan kepulangan 76 anggota polis dari Unpol, Mal Fpu dan dua anggota perubatan Angkatan Tentera Malaysia yang selesai menjalankan misi pengaman PBB di Timor Leste.

Ismail juga mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia kerana menyediakan logistik pengangkutan untuk mengangkut kenderaan serta peralatan perlu ke sana.

"Tentera juga menyediakan pasukan perubatan mereka di sana dan sepanjang tempoh misi selama enam tahun, pihak perubatan tentera sentiasa memastikan anggota kita berada dalam keadaan sihat," katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment