My Add

Monday 26 November 2012

Pekerja Bangladesh kembali masuk Januari ini

PUTRAJAYA, ISNIN, 26 November, 2012: Selepas hampir lima tahun membekukan pengambilan pekerja dari Bangladesh, Malaysia akhirnya bersetuju membawa masuk semula pekerja asing itu bagi mengisi kekosongan di sektor pekerjaan di negara ini mulai Januari.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, urusan kemasukan pekerja dari negara berkenaan akan menggunakan pendekatan kerajaan dengan kerajaan tanpa melibatkan pihak ketiga bagi mengelakkan eksploitasi orang tengah.

Beliau berkata, proses itu akan bermula dari sekarang dan apabila semua siap mereka akan masuk ke Malaysia pada hujung Januari.

"Mereka ini hanya dibenarkan untuk bekerja dalam sektor perladangan dan diletakkan dalam tempoh percubaan selama tiga bulan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment