My Add

Wednesday 14 November 2012

Pelajar PSMZA hasil pembasmi anai-anai daripada ikan buntal

DUNGUN, SELASA, 13 November, 2012: Ikan buntal diketahui umum mempunyai racun yang mampu melumpuhkan anggota badan dan membunuh manusia hanya dalam tempoh tidak sampai 30 minit jika tidak diproses dengan sempurna sebelum dimakan.

Namun bagi sekumpulan lima pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), racun yang terdapat pada ikan buntal itu dijadikan bahan menghasilkan sejenis pembasmi anai-anai.

Idea menjadikan ikan buntal sebagai pembasmi anai-anai diperoleh selepas mendengar cerita penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan yang sering menggunakan racun ikan tersebut sebagai pembasmi haiwan perosak itu.

Lazimnya zaman dahulu, ikan buntal yang telah dikeringkan akan digantung di dinding dan mengeluarkan sejenis bau yang busuk sehingga menyebabkan anai-anai tidak bersarang di dalam rumah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment