My Add

Tuesday 27 November 2012

Pelajar UiTM cedera digigit buaya

KUCHING, ISNIN, 26 NovEMBER, 2012: Seorang pelajar semester dua Diploma Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) nyaris maut akibat diserang seekor buaya ketika mandi di Pantai Pasir Panjang, Santubong dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, seekor buaya jenis Jejulong sepanjang tiga meter dipercayai menyerang mangsa, Muhammad Azlan Marzuki, 20, hingga mengakibatkan pergelangan dan tapak kaki kanannya luka teruk.

Menceritakan kembali saat ngeri tersebut, anak kelapan daripada 11 beradik itu memberitahu, dia tidak dapat melupakan detik bertarung dengan reptilia ganas berkenaan selama 15 minit demi menyelamatkan nyawanya.

"Ketika kejadian, saya sedang berenang dengan adik perempuan saya di tengah laut dan tiba-tiba saya terasa seperti kaki saya digigit sesuatu.

"Saya kemudian melihat ke dalam air dan mendapati terdapat seekor buaya sedang menggigit kaki saya dan selepas beberapa minit bergelut, akhirnya saya berjaya menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Jalan Mataim di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment